Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search |
| <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Dirisik Cardiff City | My Blog Santai Posted: 19 Jan 2012 07:18 AM PST Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Nampaknya CARDIFF CITY yang dimiliki oleh Dato Chan Tien Ghee benar-benar mahu membantu pemain bola sepak Malaysia untuk mngembangkan bakat lagi di liga eropah. Sebelum ini Bluebirds telah pun memberikan latihan percubaan kepada penyerang Safee Sali dan kapten pasukan kebangsaan Malaysia Safiq Rahim, tetapi Safee dan Safiq gagal untuk mengikat kontrak bersama Cardiff. Terbaru Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City pula. Kini, Peluang pemain muda negara iaitu Nazmi Faiz pula ke Cardiff City seperti yang dimaklumkan oleh laman walesonline. Mungkin faktor umur yang memberikan kelebihan kepada Nazmi berbanding dengan Safee yang kini berumur 27 , dan Safiq 24. Faiz kelihatan lebih layak dengan bakat dan umur yang masih muda untuk dikembangkan bakatnya. Nazmi Faiz mula dikenali selepas beliau dipanggil di saat-saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robart yang cedera sebelum bermulanya kejohanan sukan sea 2011 yang lalu. Nazmi yang buat pertama kalinya turun menentang Thailand pada kejohanan itu telah menunjukkan pemainan yang kreatif apabila berjaya menggerakkan bahagian tengah dengan berkesan. Aksi nazmi yang cemerlang ketika itu juga turut membantu Malaysia bagi mempertahankan emas yang dimenangi sebelum ini. Antara entry berkaitan Nazmi Faiz Mansor :
Pengerusi Cardiff City memang percaya terdapat banyak bakat muda di Malaysia yang boleh memberi faedah kepada Bluebirds. Sebelum ini Malaysia menamatkan kemarau di kejohanan AFF Cup dan meneruskan kecemerlangan dengan mempertahankan kilauan emas di sukan sea 2011.
Nazmi Faiz dikatakan tidak perlu menjalani percubaan seperti Safiq dan Safee sebaliknya akan ke Cardiff selama setahun bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliknya. Kami dan seluruh rakyat Malaysia berharap Nazmi akan terus maju di sana dan mengharumkan nama Malaysia. **Tahniah Nazmi Faiz Mansor Dirisik Cardiff City pula.. |
| <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Pula Ke Cardiff City Posted: 19 Jan 2012 07:22 AM PST Tahun 2011 merupakan tahun titik tolak kepada pasukan 'HARIMAU MALAYA' dan 'HARIMAU MUDA' yang mana peningkatan yang agak drastik dari segi teknikal dan pengurusan pasukan yang lebih efektif hingga meraih beberapa kejuaraan di asia tenggara dan hujung tahun 2011 juga Harimau Muda berjaya meraih pingat emas dalam temasya sukan sea di Indonesia. Penyerang berbisa yang ketika ini menjadi ketua pasukan bersama kelab Pelita Jaya, Safee sali dan juga pemain tengah Harimau Malaya yang juga pemain tengah Selangor ketika ini, Syafiq Rahim telah pun ke cardiff city untuk latihan bersama skuad kendalian Malky Mackay. Walaubagaimanapun,pemergian pemain Harimau Malaya ini dikatakan hanyalah sekadar menjalani latihan dengan skuad cardiff city dan bukanlah sebagai pemain yang dibeli seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Awalnya, Nazmi Faiz 'diterapkan' dalam kesebelasan utama skuad Harimau Muda yang dilaporkan akan mengikuti liga 'Super' Singapura, namun Cardiff City terlebih dahulu ingin menawarkan yang mana dikatakan dapat mengubah arah karier pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu. Menurut pihak Cardif lagi, Faiz dikatakan memiliki potensi yang lebih besar yang mana usianya yang masih muda dan masih panjang perjalanannya sebagai pemain yang baik. Faiz diyakini akan dikontrak selama setahun sehingga memiliki peluang bermain di bawah kejurulatihan Malky Mackay dan pengurusan skuad Cardiff City. Dikatakan juga, Cardiff turut menawarkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, untuk meningkatkan ilmu kejurulatihan tetapi ditolak kerana ketika ini beliau agak sibuk menguruskan skuad Harimau Muda dalam saingan Liga Singapura. |
| You are subscribed to email updates from Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


0 ulasan:
Catat Ulasan