Sabtu, 25 Februari 2012

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


<b>Nazmi Faiz Mansor</b> Pula Ke Cardiff City

Posted: 19 Jan 2012 07:22 AM PST

Tahun 2011 merupakan tahun titik tolak kepada pasukan 'HARIMAU MALAYA' dan 'HARIMAU MUDA' yang mana peningkatan yang agak drastik dari segi teknikal dan pengurusan pasukan yang lebih efektif hingga meraih beberapa kejuaraan di asia tenggara dan hujung tahun 2011 juga Harimau Muda berjaya meraih pingat emas dalam temasya sukan sea di Indonesia.

Penyerang berbisa yang ketika ini menjadi ketua pasukan bersama kelab Pelita Jaya, Safee sali dan juga pemain tengah Harimau Malaya yang juga pemain tengah Selangor ketika ini, Syafiq Rahim telah pun ke cardiff city untuk latihan bersama skuad kendalian Malky Mackay.

Walaubagaimanapun,pemergian pemain Harimau Malaya ini dikatakan hanyalah sekadar menjalani latihan dengan skuad cardiff city dan bukanlah sebagai pemain yang dibeli seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.


Mutu kawalan bola yang dikatakan agak menarik di bahagian tengah dalam permainan yang juga pemain yang paling Muda dari Harimau Muda, Nazmi Faiz, 17, kini dikatakan adalah salah seorang pemain yang terpilih dari sepasukan pemain Harimau Muda Malaysia yang cukup menyerlah untuk diberikan 'pengalaman' dan latihan yang lebih efektif untuk pengalaman Nazmi Faiz sendiri pada masa akan datang.

Awalnya, Nazmi Faiz 'diterapkan' dalam kesebelasan utama skuad Harimau Muda yang dilaporkan akan mengikuti liga 'Super' Singapura, namun Cardiff City terlebih dahulu ingin menawarkan yang mana dikatakan dapat mengubah arah karier pemuda kelahiran Kuala Lumpur itu.

Menurut pihak Cardif lagi, Faiz dikatakan memiliki potensi yang lebih besar yang mana usianya yang masih muda dan masih panjang perjalanannya sebagai pemain yang baik. Faiz diyakini akan dikontrak selama setahun sehingga memiliki peluang bermain di bawah kejurulatihan Malky Mackay dan pengurusan skuad Cardiff City.

Dikatakan juga, Cardiff turut menawarkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, untuk meningkatkan ilmu kejurulatihan tetapi ditolak kerana ketika ini beliau agak sibuk menguruskan skuad Harimau Muda dalam saingan Liga Singapura.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Nazmi Faiz Mansor

Copyright 2010 All Rights Reserved