Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search |
| Khasiat Lidah Buaya™: <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Jaring 2 gol, Bantu <b>...</b> Posted: 26 Mar 2012 12:23 AM PDT Mohd Nazmi Faiz Mansor menjaringkan dua gol sekali gus membantu pasukan Harimau Muda menewaskan pasukan Young Lions 3-1. Setelah ketinggalan 0-1 di belakang akibat jaringan penyerang berbangsa Cameroon Jonathan Toto, jurulatih Ong Kim Swee membuat keputusan yang ketara dengan menggantikan D.Saarvindran dengan Nazmi pada minit ke-33. Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-49 sebelum Ahmad Hazwan Bakri menambah gol kedua pada minit ke-75. Nazmi Faiz, yang berusia 18 tahun, kemudian membunuh mana-mana harapan pasukan Young Lions untuk bangkit semula dengan menjaringkan gol keduanya dan gol ketiga pasukan pada minit ke-82. Kemenangan itu membolehkan pasukan Harimau Muda untuk berada ke tempat kedua dalam Liga-S dengan 11 mata daripada lima perlawanan mereka setakat ini. Anak-anak buah Ong Kim Swee mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan masih belum kalah lagi dalam liga yang mengandungi 13 pasukan itu. → Video Gol Harimau Muda Vs Young Lions 3-1 |
| Khasiat Lidah Buaya™: Kim Swee tabik <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Posted: 26 Mar 2012 10:25 PM PDT Kelibat Nazmi Faiz Mansor yang hadir selaku pemain gantian mendapat pujian daripada Ong Kim Swee yang beranggapan dua gol sumbangan pemain muda itu menjadi antara intipati kejayaan Harimau Muda mengutip tiga mata ketika membenam Young Lions 3-1 ← video dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishun, kelmarin. "Saya puas hati dengan kemampuan Nazmi menjaringkan dua gol tapi kecewa dengan corak permainan pasukan pada babak pertama yang beraksi sambil lewa sehingga lawan mengejutkan dengan gol. "Sasaran awal dalam tiga perlawanan diharungi adalah tujuh mata namun lima mata diraih sudah memadai kerana lawan ditemui sukar dijinakkan dan memiliki kekuatan tersendiri. Saya perlu memikir strategi lebih ampuh bagi membuat persiapan lebih rapi." Perlawanan seterusnya Harimau Muda adalah menentang Angkatan Tentera Singapura (SAF FC), Ahad ini (31 Mac 2012).-BH |
| You are subscribed to email updates from Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan