Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search |
| Birdy Super Star Sport: (S-LEAGUE 2012) : <b>NAZMI FAIZ MANSOR</b> <b>...</b> Posted: 06 Apr 2012 10:38 AM PDT @~MAHU PERBAIKI PRESTASI~@ Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor tekad mahu memperbaiki kelemahan pada saingan Liga Singapura musim ini. Nazmi mengakui prestasinya ketika ini tidak berada pada tahap terbaik sehingga pernah menerima teguran daripada jurulatih Ong Kim Swee. Menurut Nazmi, jurulatih telah memberikan peluang kepadanya beraksi dalam kesebelasan utama pada perlawanan lepas dan telah memanfaatkannya dengan baik. "Sasaran peribadi sasaran saya pada musim ini dalam Liga Singapura adalah untuk menjaringkan gol sebanyak mana yang boleh agar dapat membantu pasukan berada dalam kelompok lima pasukan teratas. "Memang saya akui prestasi saya sedikit menurun mungkin kerana terpaksa bersaing dengan pemain-pemain lain yang jauh lebih hebat," kata Nazmi. Pemain muda berusia 18 tahun itu sebelum ini pernah menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan ketika membantu skuad negara memenangi pingat emas di Sukan SEA XXVI, Indonesia tahun lalu. Malah prestasi Nazmi turut menjadi bualan apabila dia dikatakan tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan disebabkan masalah kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama. Sementara itu, ditanya keserasian Nazmi bersama skuad Harimau Muda pada ketika ini, pemain tersebut sekadar memberitahu semuanya berjalan dengan baik. "Tiada apa-apa masalah buat saya yang sebelum ini beraksi untuk Harimau Muda B dan meskipun dalam pasukan sekarang pemain yang ada dianggap senior namun keserasian tetap ada. "Pengalaman beraksi bersama pemain yang sedia ada pada perlawanan di Sukan SEA tahun lalu dan kelayakan Sukan Olimpik juga banyak membantu saya untuk memahami rentak permainan pasukan," kata Nazmi. |
| You are subscribed to email updates from Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan