Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search |
| [BERITA] <b>NAZMI FAIZ MANSOR</b> PILIH PKNS FC DEMI MASA <b>...</b> Posted: 02 Feb 2013 08:12 PM PST
Nazmi Faiz atau nama penuh Mohd Nazmi Faiz Mansor merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Anak kelahiran Lembah Keramat, Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada skuad Harimau Muda yang menjulang pingat emas Sukan Sea ke-26 dan beraksi dalam perlawanan pra-Olimpik London 2012. Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab Portugal, S.C Beira-Mar pada 21 Mei 2012 dan disenaraikan dalam skuad bawah 19 tahun kelab yang berpangkalan di Aveiro, Portugal. Pemain skuad Malaysia B-23 tahun itu menandatagani kontrak selama 3 tahun dengan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim dengan bakal menyarung jersi no.33 dan bersedia utuk diturunkan dalam perlawanan menentang Felda United, 16 Februari ini. Walaupun menyertai PKNS di luar tempoh perpindahan, Nazmi Faiz dikatakan tetap boleh terus beraksi bersama kelab barunya itu di bawah kuota pemain bawah 21 tahun namun terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sebelum mendapat lampu hijau. "Kami akan menghantar pegawai untuk membuat "Mudah-mudahan khidmat Nazmi akan dapat kami gunakan menjelang perlawanan dengan Felda United." Ketika ditanya mengapa PKNS FC menjadi pilihannya, Nazmi Faiz mengatakan kelab yang mendapat jolokan Red Ants itu merupakan sebuah pasukan yang bagus. Hal ada asasnya apabila skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu mencipta kejutan menewaskan naib juara Liga Super musim lalu, Lions XII sebanyak 2 kali pada Januari lalu. Nazmi Faiz turut menegaskan keputusan meninggalkan S.C Beira-Mar untuk kembali beraksi dalam Liga Malaysia adalah untuk kebaikan masa depannya. "Semasa saya masih beraksi untuk Harimau Muda B lagi, saya merasakan PKNS FC merupakan sebuah pasukan yang bagus. Apabila peluang hadir, saya tidak berfikir dua memilih bermain pasukan ini," kata pemain berusia 18 tahun itu. "Ini bagus untuk masa depan saya dan tak ada apa pun yang boleh saya katakan pasal saya dan Beira-Mar. Saya akan buat yang terbaik di PKNS FC." "Saya sudah dibebaskan oleh Beira-Mar dan berita mengenai saya akan kembali ke sana selepas enam bulan, perkara itu tidak benar."
"Pengalaman di Beira-Mar menyeronokkan, tapi saya sendiri memilih jalan ini. Alhamdulillah, saya yakin ini keputusan terbaik untuk saya. Saya mendapat restu daripada ibu dan ayah dan mendapat nasihat ejen saya, Marco," kata Nazmi Faiz lagi. "Peluang saya masih tidak tertutup lagi, usia saya masih muda dan saya ada banyak masa lagi. Semoga dengan usaha saya di PKNS akan membuat laluan baharu untuk saya kembali ke Eropah selepas ini. Kalau ada rezeki untuk ke luar negara lagi, kenapa tidak?" Sementara itu, Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth tentunya 'orang paling gembira di dunia' apabila mengalu-alukan ketibaan pemain berstatus bintang seperti Nazmi ke pasukannya. Noor Hisham memaklumkan bahawa pihaknya tiada rancangan melamar Nazmi sehinggalah didatangi ejen Nazmi, Marco Guimaraes bulan lalu.
"Nazmi mempunyai beberapa opsyen (tawaran daripada beberapa kelab) dan Alhamdulillah, PKNS menjadi pilihan Nazmi." "Ya, kami membayar yuran perpindahan seperti kelazimannya dalam perpindahan bola sepak antarabangsa," ujar Presiden PKNS FC itu. Kepulangan bintang muda berusia 19 tahun itu ke tanah air pada Khamis lalu menimbulkan seribu satu persoalan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertanggungjawab membawa pemain itu ke Portugal tidak tahu menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh Nazmi. Terdahulu, Nazmi Faiz turut terlibat dengan pergaduhan di laman sosial 'twitter' dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang turut mengaitkan pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak. Incoming search terms:
|
| You are subscribed to email updates from Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search




0 ulasan:
Catat Ulasan