Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search |
- Twitter : <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Sudah Putus Cinta? | OHBULAN!
- <b>Nazmi Faiz Mansor</b> | KIRINPHOTO
- misteri <b>nazmi faiz mansor</b>. - أحبك يا رسول الله......أحبك يا الله
| Twitter : <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Sudah Putus Cinta? | OHBULAN! Posted: 14 Jan 2013 05:49 PM PST
Tidak dapat dipastikan apakah status hubungan mereka sekarang, namun kecoh hari ini apabila Nazmi Faiz yang mempunyai lebih 30 ribu pengikut Twitter telah menulis status menuduh kekasihnya, Tengku Fiella sebagai penipu dan 'pisau cukur'. Bagi yang tidak tahu, pada pertengahan tahun lepas, Tengku Fiella dan Nazmi Faiz telah disahkan bercinta apabila mereka berdua saling berbalas mesej romantik di laman Facebook. Namun hari ini, akaun Twitter Nazmi telah menarik perhatian ramai peminat sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan.
Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebuah lagi mensi yang dihantar kepada seorang selebriti, Johan A'sari, apabila dia seakan-akan diberi amaran. Apakah kaitan diantara Johan pada Nazmi dan juga Tengku Fiella? Walau bagaimana pun, pemain bola sepak yang bermain untuk S.C Beira Mar (Liga Primeira, Portugal) ini telah menarik balik kenyataannya serta memadam status yang ditulis. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan bahawa ada pihak yang telah menggodam akaun Twitter dan cuba mensabotajnya.
Jadi, kepada pengguna Twitter, berhati-hatilah walau dimana saja. Pastikan akaun laman sosial anda juga sentiasa dilog keluar. |
| <b>Nazmi Faiz Mansor</b> | KIRINPHOTO Posted: 03 Feb 2013 08:06 PM PST [unable to retrieve full-text content]Nazmi Faiz Mansor. Salam Sudah lama tak update blog. Kali ini lain daripada yang lain. Bukan mengenai gambar tetapi tentang Nazmi Faiz Mansor. Kenyataan akhbar dan televisyen di Malaysia memang bercanggah ... |
| misteri <b>nazmi faiz mansor</b>. - أحبك يا رسول الله......أحبك يا الله Posted: 09 Feb 2013 04:46 AM PST TIDAK mendapat bayaran sewajarnya, terpaksa menumpang rumah rakan malah lebih mengejutkan mengisi perut dengan makanan mee segera. Itulah persoalan yang timbul ekoran kepulangan Nazmi Faiz Mansor secara tiba-tiba. Sepanjang tujuh bulan berguru dengan kelab Portugal, Beira Mar, betul ke ini yang berlaku kepada Wonderkids Malaysia, Nazmi sehinggakan pemain berusia 19 tahun ini mengambil keputusan kembali ke Malaysia meneruskan karier bersama PKNS. TANGGAPAN Melihat situasi ini, timbul pelbagai tomahan dan tanggapan negatif terhadap pemain kelahiran Kuala Lumpur ini mengapa tidak menamatkan perguruan pada 2015. Namun bagi Nazmi keputusan berdiam diri menjadi pilihan selain menyifatkan tindakan diambil ini selepas mendapat pandangan dari bapanya Mansor Mustapha dan ejennya, Marco Guimaraes. "Tidak menyesal, ini keputusan terbaik, Sekarang saya bebas daripada Beira Mar, dakwaan yang mengatakan saya diberi enam bulan untuk beraksi bersama Malaysia adalah tidak benar. "Kini saya sah menjadi milik PKNS dan telah menandatangani kontrak selama 3 tahun. Jadi, saya akan buat terbaik serta membantu PKNS sekurang-kurangnya memperoleh satu trofi musim ini," katanya. TUNGGU Bagi penyokong setia Semut Api melihat bintang "muda", Nazmi Faiz Mansor beraksi dalam perlawanan menentang Felda United 16 Februari tidak kesampaian apabila FAM menolak permohonan PKNS mendaftar pemain terbabit lebih awal. FAM bertindak menolak permohonan tersebut berdasarkan peraturan semasa diguna pakai di mana setiap pasukan yang ingin mendaftar pemain baru perlu menunggu tempoh jendela perpindahan pada 8 hingga 22 April nanti. AKUR Sementara itu pengurus pasukan PKNS, Azmi Adnan menjelaskan pihaknya akur keputusan FAM yang menolak permohonan menggunakan khidmat Nazmi lebih awal. "Kita mencuba sekiranya ada peluang namun kita akur dengan keputusan tersebut malah berterima kasih pada FAM yang berbincang segera menyelesaikan permohonan ini. "Walaupun dia tidak dapat beraksi lebih awal namun Nazmi akan turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Mungkin peluang ini akan digunakan jurulatih dan pemain serta rakan pasukan lain untuk mencari keserasian,", katanya. URUS Azmi menjelaskan, memandangkan tempoh pendaftaran kali kedua akan dibuka April nanti, segala dokumen berkaitan Nazmi akan diuruskan pihaknya. "Segala urusan dokumen dan perkara berkaitan pendaftaran pemain termasuklah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Nazmi akan diserahkan kepada FAM mengikut tarih yang ditetapkan. "Memiliki Nazmi sememangnya diimpikan setiap pasukan begitu juga PKNS, jadi kita harap kehadiran pemain ini akan menaikkan semangat rakan sepasukan dan penyokong setia Semut Api hadir ke stadium memberikan sokongan setiap kali PKNS beraksi," katanya. Namun walau apa tanggapan umum, Nazmi seharusnya melupakan perkara tersebut dan perlulah bangkit membuktikan ilmu yang dimilikinya ketika berguru di Portugal. Usah biarkan masalah peribadi menyebabkan kariernya musnah kerana perjalanan masih jauh dan bagi PKNS memiliki pemain ini umpama satu kejutan besar namun ia perlu dijelmakan dengan aksi di atas padang. Usah terlalu menekan Nazmi kerana semua pemain memerlukan masa. |
| You are subscribed to email updates from Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search





0 ulasan:
Catat Ulasan