Khamis, 3 Oktober 2013

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


Aksi Pertama Muhamad <b>Nazmi Faiz</b> Bin <b>Mansor</b> Di Sukan Sea 2011

Posted: 09 Nov 2011 11:11 AM PST

Teknik Pukau Pelanggan Teknik Pukau Pelanggan

Perlawanan kedua yang melibatkan pasukan bola sepak Malaysia di Sukan Sea 2011 berakhir dengan kemenangan 2 – 1 menewaskan musuh tradisi Thailand. Malaysia terpaksa berhempas pulas sehingga minit-minit terakhir untuk memastikan 3 mata berjaya di genggam. Terima kasih kepada kapten Baddrol Bakhtiar dan penyerang kontroversi Izzaq Farris Ramlan kerana gol cantik anda.

Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor

Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor

Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011

Walaubagaimanapun bukan dua penjaring itu yang kita nak ceritakan di sini, tetapi Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011 ini. Siapa yang menyaksikan perlawanan Thailand menentang Malaysia petang tadi pasti terpegun dengan gaya permainan Nazmi Faiz ini yang baru sahaja berumur 17 tahun. Dengan umur yang begitu muda, Nazmi Faiz telah mempamerkan aksi yang konfiden tanpa rasa gugup walaupon bermain di game yang besar.

Jom kita usha dulu profile ataupun biodata ringkas mengenai Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor ini

Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor

Tarikh Lahir : 16 August 1994

Umur : 17 tahun

Position : Midfielder

Kelab : Harimau Muda B

Antarabangsa : Pemain Skuad U19

Di dalam perlawanan Thailand menentang malaysia petang tadi, Ong Kim Swee telah membuat beberapa rombakan kesebelasan utama dengan memasukkan Nazmi Faiz dan Wan Zaharul Nizam sekaligus mengenepikan Gurusamy dan Ahmad Fakri Sarani. Ternyata keputusan yang dibuat sangat berbaloi apabila aksi pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor ini berjaya menghidupkan bahagian tengah sekaligus membantu menjana serangan.

Daripada aksi yang ditonjolkan dalam game tadi, dapat saya simpulkan yang Nazmi Faiz mempunyai kawalan bola yang baik, hanya beberapa kali sahaja hilang bola. Beliau juga sangat rajin mengejar bola sehingga banyak serangan Thailand mati di bahagian Midfielder. Aksi cross ball Nazmi Faiz juga cantik dan tepat kepada rakan. Tahniah Nazmi Faiz, aksi pertama yang boleh membanggakan dengan permainan yang meyakinkan..

Ps : Sebenarnya Malaysia mempunyai ramai pelapis yang berbakat. Bagus juga jika memberi pendedahan game besar kepada mereka seperti yang Nazmi Faiz terima ini.
Rating: 9.0/10 (1 vote cast)
Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011, 9.0 out of 10 based on 1 rating

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Nazmi Faiz Mansor

Copyright 2010 All Rights Reserved