Jumaat, 7 Mac 2014

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search


DA SILVA BLOG: <b>NAZMI FAIZ MANSOR</b>

Posted: 13 Aug 2013 04:03 AM PDT

NAMA PENUH : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
TARIKH LAHIR : 16 Ogos 1994
TEMPAT LAHIR : Lembah Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
Nazmi Faiz Mansor merupakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang ketika ini beraksi untuk pasukan Liga Super Malaysia, PKNS FC. Beliau memulakan karier bola sepaknya bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil dari tahun 2009 hingga 2011. Beliau kemudian diserapkan dalam pasukan Harimau Muda B pada tahun 2011.
Pada tahun 2012, beliau telah diserapkan ke dalam pasukan Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee untuk beraksi dalam Liga Singapura. Pada 21 Mei 2012, Nazmi Faiz berjaya memikat kelab dari Portugal, SC Beira-Mar dan menandatangi kontrak selama 3 tahun bersama kelab tersebut. Nazmi Faiz melakukan penampilan pertama bersama Beira-Mar dalam satu perlawanan persahabatan menentang kelab Portugal, CD Tondela yang berkesudahan seri 1-1. Oleh kerana umur Nazmi Faiz belum mencapai 19 tahun ketika itu, beliau diserapkan ke dalam pasukan bawah 19 tahun Beira-Mar. 
Nazmi ketika menjalani sesi pemilihan bersama Beira-Mar.
Nazmi telah menjaringkan gol sulung bersama Beira-Mar dalam satu perlawanan persahabatan menentang Loursa pada 18 Ogos 2012. Jaringan tersebut menyaksikan pasukannya menang 3-0.
Nazmi Faiz ketika bersama Skuad B-19 Beira-Mar.
Pada tahun 2013, PKNS FC telah mendapatkan khidmat Nazmi Faiz selepas kontraknya bersama Beira-Mar ditamatkan kerana masalah kewangan kelab Portugal tersebut. Pada April 2013, beliau telah melakukan penampilan pertama bersama PKNS FC pada perlawanan liga menentang Perak FA yang berkesudahan seri 2-2. Dia menjadi perancang dalam kedua-dua gol PKNS FC yang dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh. Nazmi telah menjaringkan gol yang pertama bersama PKNS FC ketika menang ke atas Negeri Sembilan FA dalam satu perlawanan pada 22 Jun 2013.
Nazmi Faiz merupakan nadi tengah untuk pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat emas Sukan Sea 2011. Beliau juga menjadi tonggak ketika skuad bawah 23 tahun Malaysia yang melangkah ke peringkat ke-3 kelayakkan Sukan Olimpik 2012. 
Nazmi ketika menentang Kemboja B-23.
Nazmi ketika menentang Indonesia B-23.
Pingat Emas Sukan Sea 2011

Kekasih <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Di Kebas Aidil Zafuan?? | V12gether

Posted: 28 Jan 2013 12:04 AM PST


Dimaklumkan bahawa kekasih hati pemain bola sepak remaja kebangsaan yang kini bermain di liga Portugal , Nazmi Faiz sekarang ini menjalani hubungan gelap bersama Aidil Zafuan...

Gadis Manis Tengku Fiella ini dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bola kebngsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini.
BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan.

Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya. Ada pendapat mengatakan akaun Twitter Nazmi telah digodam, kesahihan berita ini belum dapat dipastikan.

Ini pula pengakuan Tengku Fiella di blog Rotikaya
Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter …
Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu'lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan.
RTKY: Bila putus?
TF: Dua, tiga minggu lepas — kalau tidak silap.
BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?
RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu?
TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik.
Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi.
Berkaitan Johan As'ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan.
I kasihankan Aidil Zafuan apabila di'kaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang di'bawa entah siapa siapa.
RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di'kaitkan dengan you?
TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah.
RTKY: Jadi, di'sini memang you menafikan semua yang di'tulis Nazmi Faiz pagi tadi?
TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.
Dia siap beritahu I,"Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter" & saya terkejut yang dia betul betul buat.
Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.
RTKY: Okay, terima kasih!

Sementara itu di laman Twitter Tengku Fiella


Berikutan tweets Nazmi Faiz di Twitter yang mendakwa gadis itu yang kini bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan, Tengku Fiella melalui Twitter yang dibataskan pada peribadi mendakwa Nazmi Faiz seorang psiko dan semuanya berlaku kerana Tengku Fiella tidak melayan panggilan-panggilan telefon yang dibuat oleh Nazmi.

Kami mengambil tweets yang ditweet ulang oleh beberapa pengguna twitter, oleh sebab itu tweet handles mereka dikaburkan.

Sebelum ini pemain bola sepak Kebangsaan, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu. Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau diceroboh. Terbaru, sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitternya.

Awal pagi tadi, Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

"She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together," tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.

Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah akaunnya diceroboh lagi atau apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Nazmi Faiz Mansor

Copyright 2010 All Rights Reserved