Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search |
| Aksi Pertama Muhamad <b>Nazmi Faiz</b> Bin <b>Mansor</b> Di Sukan Sea 2011 Posted: 09 Nov 2011 11:11 AM PST
![]() Perlawanan kedua yang melibatkan pasukan bola sepak Malaysia di Sukan Sea 2011 berakhir dengan kemenangan 2 – 1 menewaskan musuh tradisi Thailand. Malaysia terpaksa berhempas pulas sehingga minit-minit terakhir untuk memastikan 3 mata berjaya di genggam. Terima kasih kepada kapten Baddrol Bakhtiar dan penyerang kontroversi Izzaq Farris Ramlan kerana gol cantik anda. Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011Walaubagaimanapun bukan dua penjaring itu yang kita nak ceritakan di sini, tetapi Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011 ini. Siapa yang menyaksikan perlawanan Thailand menentang Malaysia petang tadi pasti terpegun dengan gaya permainan Nazmi Faiz ini yang baru sahaja berumur 17 tahun. Dengan umur yang begitu muda, Nazmi Faiz telah mempamerkan aksi yang konfiden tanpa rasa gugup walaupon bermain di game yang besar. Jom kita usha dulu profile ataupun biodata ringkas mengenai Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor ini Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Tarikh Lahir : 16 August 1994 Umur : 17 tahun Position : Midfielder Kelab : Harimau Muda B Antarabangsa : Pemain Skuad U19 Di dalam perlawanan Thailand menentang malaysia petang tadi, Ong Kim Swee telah membuat beberapa rombakan kesebelasan utama dengan memasukkan Nazmi Faiz dan Wan Zaharul Nizam sekaligus mengenepikan Gurusamy dan Ahmad Fakri Sarani. Ternyata keputusan yang dibuat sangat berbaloi apabila aksi pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor ini berjaya menghidupkan bahagian tengah sekaligus membantu menjana serangan. Daripada aksi yang ditonjolkan dalam game tadi, dapat saya simpulkan yang Nazmi Faiz mempunyai kawalan bola yang baik, hanya beberapa kali sahaja hilang bola. Beliau juga sangat rajin mengejar bola sehingga banyak serangan Thailand mati di bahagian Midfielder. Aksi cross ball Nazmi Faiz juga cantik dan tepat kepada rakan. Tahniah Nazmi Faiz, aksi pertama yang boleh membanggakan dengan permainan yang meyakinkan.. Ps : Sebenarnya Malaysia mempunyai ramai pelapis yang berbakat. Bagus juga jika memberi pendedahan game besar kepada mereka seperti yang Nazmi Faiz terima ini.Aksi Pertama Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor Di Sukan Sea 2011, |
| Kekasih <b>Nazmi Faiz Mansor</b> Di Kebas Aidil Zafuan?? | V12gether Posted: 28 Jan 2013 12:04 AM PST Dimaklumkan bahawa kekasih hati pemain bola sepak remaja kebangsaan yang kini bermain di liga Portugal , Nazmi Faiz sekarang ini menjalani hubungan gelap bersama Aidil Zafuan... Gadis Manis Tengku Fiella ini dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bola kebngsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini. BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan. Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya. Ada pendapat mengatakan akaun Twitter Nazmi telah digodam, kesahihan berita ini belum dapat dipastikan. Ini pula pengakuan Tengku Fiella di blog Rotikaya Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter … Sementara itu di laman Twitter Tengku Fiella Berikutan tweets Nazmi Faiz di Twitter yang mendakwa gadis itu yang kini bekas kekasihnya menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan, Tengku Fiella melalui Twitter yang dibataskan pada peribadi mendakwa Nazmi Faiz seorang psiko dan semuanya berlaku kerana Tengku Fiella tidak melayan panggilan-panggilan telefon yang dibuat oleh Nazmi. Kami mengambil tweets yang ditweet ulang oleh beberapa pengguna twitter, oleh sebab itu tweet handles mereka dikaburkan. Sebelum ini pemain bola sepak Kebangsaan, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu. Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau diceroboh. Terbaru, sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitternya.Awal pagi tadi, Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini. "She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together," tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi. Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu. Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah akaunnya diceroboh lagi atau apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini? |
| You are subscribed to email updates from Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Nazmi Faiz Mansor - Google Blog Search
